Welcome to Lee's Blog
LEE WAN SHUAN D20112055207 EL-A18 MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN KHAS PEMULIHAN:BM
Tuesday, December 18, 2012
Galeri
Aktiviti P&P
Gambar ini menunjukkan keriangan murid-murid pemulihan Linus Tegar yang baru
sahaja berjaya membuat huruf-huruf daripada doh tepung gandum.
Tujuan
aktiviti ini ialah untuk membolehkan murid-murid, mengenal, membentuk,
mengingat, menyebut dan yang paling penting mampu menanamkan semangat
keyakinan diri bahawa mereka juga boleh berjaya seperti rakan-rakan
mereka di kelas arus perdana.
Resepi Doh huruf.
Bahan-bahan:-
1 kg tepung gandum
2 sudu besar garam
1 sudu pewarna makanan
Air secukupnya
Cara-cara menyediakannya:
Gaulkan garam dengan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh terbentuk.
Masukkan pewarna (hijau atau merah) dan uli sampai sebati.
Nota :
1.Tujuan garam ialah untuk memastikan doh mampu bertahan selama seminggu supaya murid-murid dapat
melihat hasil usaha mereka dalam jangka masa yang agak lama.
2.Untuk hasil yang lebih lama, doh boleh dibakar dalam oven atau microwave sehingga berwarna keemasan.
Wednesday, September 26, 2012
Tuesday, September 25, 2012
Maklumat Pendidikan Pemulihan Khas
Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas
Pengenalan
Pendidikan
Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba
sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya
bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta
tercicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan
tingkat kebolehan lahiriah mereka.
Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas
1. Boleh
mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang
pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2. Komitmen yang menyeluruh.
3. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4. Berjumpa
dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk
mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5. Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.
Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas
Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :
1. Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.
2. Preskriptif (Prescriptive Role)
- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.
3. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)
- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” atau “ guru pendamping ” sekiranya perlu.
4. Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.
5. Peranan Perhubungan (A Liason Role)
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
- Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)