Wednesday, September 26, 2012

SUKU KATA DAN PERKATAAN KV

EJA DAN SEBUT

 

LEMBARAN KERJA 1



LEMBARAN KERJA 2


PERMAINAN: PIN BOLING



PENGAYAAN


Huruf A-Z


 LAGU ABC


MARI MENYEBUT HURUF A-Z

 

LEMBARAN KERJA 1



LEMBARAN KERJA 2




PENGAYAAN

BERMAIN DOH HURUF


 






Tuesday, September 25, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan LINUS Tegar

Maklumat Pendidikan Pemulihan Khas

Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Pengenalan
Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tercicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.

Ciri-Ciri Guru Pendidikan Pemulihan Khas
1.   Boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P).
2.   Komitmen yang menyeluruh.
3.   Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah.
4.   Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa dan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan.
5.   Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan murid.

Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting iaitu :

1.  Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)
  •     Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.
  •    Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
  •    Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.  Preskriptif (Prescriptive Role)
  •          Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
  •     Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3.  Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)
  •    Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.
  •         Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” atau “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4.  Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)
  • Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
  • Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.


5.  Peranan Perhubungan (A Liason Role)
  • Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.
  • Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.

Gambar Bilik Pemulihan

Sudut informasi: Visi, Misi, Matlamat  





Sudut bacaan    




Huruf-huruf di bawah papan tulis   
Sudut Numerasi