Tuesday, December 18, 2012

Galeri- BBB Part 2


Galeri-BBB

Bahan Bantu Belajar juga mampu menceriakan kelas anda!








Galeri



Aktiviti P&P


Gambar ini menunjukkan keriangan murid-murid pemulihan Linus Tegar yang baru sahaja berjaya membuat huruf-huruf daripada doh tepung gandum. 

Tujuan aktiviti ini ialah untuk membolehkan murid-murid, mengenal, membentuk, mengingat, menyebut dan yang paling penting mampu menanamkan semangat keyakinan diri bahawa mereka juga boleh berjaya seperti rakan-rakan mereka di kelas arus perdana.





Resepi Doh huruf.
Bahan-bahan:-
1 kg tepung gandum
2 sudu besar garam
1 sudu pewarna makanan
Air secukupnya
 
Cara-cara menyediakannya:
Gaulkan garam dengan tepung.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh terbentuk.
Masukkan pewarna (hijau  atau merah) dan uli sampai sebati.
 
Nota :
1.Tujuan garam ialah untuk memastikan doh mampu bertahan selama seminggu supaya murid-murid dapat
   melihat hasil usaha mereka dalam jangka masa yang agak lama.
2.Untuk hasil yang lebih lama, doh boleh dibakar dalam oven atau microwave sehingga berwarna keemasan.